Bismillah
Assalamualaikum,
LEMON..LEMON..LEMON TREE..Hehehe..Nak citer pasal lemon pulak..Gatalkan,org cakap lemon baik utk kesihatan,aku pun cari la lemon ni balik.Dulu selalu gak ikut petua 2 ni,tapi biase la kan,seminggu dua,terbengkalai..Ni pi gatal nak makan balik benda alah ni..Dah beli minggu lepas kat tesco,tp tu la lom sempat nak buat.Khasiat dia mmg baik tau.Tak susah pun nak buat,cuma hiris nipis dan rendam dalam air,pas tu minum ler....Klau ade duit lebih tu boleh ler beli berkilo 2 wat mandi pulak..muahhhaaaa...Yang pertama aku nak amik ni semula sbb nak singkirkan toksid dalam badan ni..Toksid yang ade ni tak kan pi gitu je,mesti kene usaha kan..Yang kedua nak kuruskan badan ..hehehe...Spare tayar dah ade balik da....Lagi satu,jangan lupa sekurang kurangnye 8 gelas air putih setiap hari.Lagi banyak lagi bagus...Kadang 2 terlepas jugak tak minum...T____________T
Ni adalah antara khasiat yang aku google kat tenet tadi...
Ni adalah antara khasiat yang aku google kat tenet tadi...
- Menambahkan Tahan Ketahanan Dalam Badan: Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
- Keseimbangan PH: Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
- Membantu Masalah Mengurangkan Berat Badan: Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
- Masalah Penghadaman: Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
- Pembersihan Air Kencing: Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
- Kulit Cerah & Bersih: Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
- Mengelakkan Dehidrasi: Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
No comments:
Post a Comment