Thursday, 4 April 2013

AKU KEHILANGANNYA



Bismillah
Assalamulaikum


"HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL" 

 Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami Bila kita sedang menghadapi berbagai ujian, cubaan, musibah barulah menyedari kita memerlukan pertolongan. Kita baru tersedar bila kita tertimpa ujian dan cubaan yang bertubi-tubi, seolah terlempar ke dunia yang terasa begitu berat membuktikan bahawa kita makhluk yang lemah, tidak berdaya, kita memerlukan bantuan, kita memerlukan bantuan. Namun kepada siapa kita meminta pertolongan? Secerah harapan dalam hidup kita hadir bila kita menyakini ‘Hasbunallah wanikmal wakil (‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami.’)



Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.Setiap dugaan yang di beri ada hikmahnya.Semua atas aturanNya.Aku redha atas ketentuan Allah,berdoa,agar ujian yang di berikan ini mematangkan aku,membuatkan aku bertambah berani menghadap hari muka.Apa yang di beri hanya sementara,syukur aku dapat menikmati kebahagiaan selama 12 tahun 5 bulan 3 hari bersama dia, mengharung hidup sebagai suami isteri bersama anak 2 kesayangan kami.Allah lebih menyayangi nya....

Ya Allah sampaikan salam ku dan doaku kepada dia,bahawa aku amat merindui dan menyayanginya.Tak terbendung lagi perasaan di akhir 2 ini.Makin lame makin kuat.Hanya Allah yg mengerti ape yang tersirat dan tersurat di hati ini.

Setelah 6  bulan berlalu,aku masih rindu dan terus merindu padanya.Sedih tak terkata bile setiap kali tiba rumah,aku rase kosong walau pun dengan riuh rendah anak 2.Setiap langkah dalam rumah ada kenangannya, mane mungkin aku boleh lupakan.

Setiap perlakuan aku dalam rumah berkait dgn dia ,masih aku terkenang kenang .Mengelamun sorang sorang,berputar putar kenangan lama masuk dalam ingatan aku,seolah olah dia ada,tapi bila sedar ke alam realiti,baru ku terasa aku sebenarnye dah kehilangan dia buat selama lama nya.Masa tu baru aku sedar yang aku keseorangan,kesunyian,kerinduan.Hilang sudah bahu tempat aku bersandar bila masalah datang ,dah tak ade lengan nak ku paut bila aku dalam ketakutan ,aku kehilangan tempat bermanja,tempat nak meluahkan segala masalah,hati dan perasaan.Aku kehilangan pakar memujuk.Anak anak aku kehilangan ayahanda tercinta.:(

Esok 5/4/2013 ,antara tarikh tarikh penting dalam hidup aku.Ulangtahun kelahiran arwah suami ku yang tercinta..Dua tahun lepas,pada tarikh ni juga  doktor sah kan yang dia ada ca.Tp tenang nya dia terima semua ni.Hati menangis tak sapa yang tahu kan Tak pernah tunjukan yang dia sakit.Rasa nya mcm baru semalam  aku dan dia memadu kasih di ulangtahun dia tahun lepas..Tiade lagi kad harijadi,tiada lagi kejutan utk dia,tiada lagi nak curi curi masa keluar berdua. .Hanya doa dan doa tak putus hadiah dari aku dan anak anak nya. Moga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman..Amin..


No comments:

Post a Comment